Jangan mudah terpedaya dengan iklan produk ‘overclaimed’

0

Di laman media sosial, begitu banyak lambakan jenama minuman yang mendakwa mempunyai pelbagai khasiat meskipun ianya merupakan salah satu ‘produk kesihatan segera’.

Rentetan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan agar orang ramai tidak mudah tertipu!

Memetik perkongsian dari laman Facebook KKM, pihak kesihatan itu menyatakan jika anda disogok dengan maklumat kesihatan yang melampau atau ‘overclaimed’ seperti mampu menurunkan berat badan dengan cepat, itu adalah helah penjual semata-mata.

Silap haribulan, anda mungkin dimasukkan ke hospital ya!

Anda juga harus mengambil tahu peranan anda sebagai pengguna.

Oleh itu, baca label sebelum membeli atau guna sesuatu produk kopi dan boleh terus rujuk dengan NPRA (https://npra.gov.my/index.php/en/) bagi memeriksa samada produk terbabit mendapat kelulusan dari KKM.

Jangan mudah tertipu!Kalau anda disogok dengan maklumat kesihatan yang melampau seperti mampu menurunkan berat badan,…

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Wednesday, 24 June 2020

Bagi mengenalpasti ciri-ciri kopi ‘beracun’, kami kongsikan informasi penting, antaranya :

1) HARGA MAHAL

Sepeket kopi pracampur dijual dengan harga yang mahal bagi menanggung kos bahan terlarang seperti sildenafil.

2) TUNTUTAN KESIHATAN YANG MELAMPAU (overclaimed)

Kopi terbabit dikatakan mampu ‘mengurangkan berat badan’ atau ‘memulihkan tenaga batin’.

3) TIADA MAKLUMAT LENGKAP

Maklumat berkaitan kopi tidak lengkap contohnya kandungan bahan atau nama pengilang tidak dinyatakan pada label.

4) MEMPUNYAI KESAN SAMPINGAN

Individu berasa berdebar-debar atau mengalami masalah penglihatan selepas mengambil kopi berkenaan.

Oleh itu jangan mudah terpedaya dengan iklan-iklan di laman media sosial ya!

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply