Jangan leka, kita belum menang!

0

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilanjutkan tempoh sehingga 9 Jun ini bukanlah bermakna negara sudah bebas dari cengkaman COVID-19 dan digunakan sebagai tiket untuk bebas bergerak kemana sahaja.

Jika berkeperluan untuk keluar, patuhi arahan yang telah diberi seperti penjarakkan sosial, kekerapan mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau ‘hand sanitiser’ serta memakai penutup muka juga elak bersalam dan bersentuhan dengan orang lain.

Apabila membuat bayaran ke atas pembelian, sebaiknya pilih bayaran secara ‘e-payment’ – menggunakan kad kredit, kad debit dan e-wallet bagi mematuhi arahan penjarakkan sosial.

Namun jika tiada keperluan, duduklah di rumah dan lakukan aktiviti berfaedah seperti bersenam, mengemas rumah dan lain-lain.

Kekalkan hubungan dengan dunia luar dan terus berhubung serta bertanya khabar dengan orang tersayang.

Anda juga masih boleh mendapatkan barangan keperluan menerusi belian atas talian.

Begitu juga pembayaran pinjaman boleh dibuat secara ‘online’. Mudah dan selamat.

Apa yang perlu diingatkan, penularan wabak pandemik ini masih ada usah terlalu leka dengan kelonggaran yang diberikan.

Kita belum menang dan kita masih perlu terus berjuang!

https://www.facebook.com/161086313901684/posts/3211501588860126/

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply