JAKOA agih Bantuan Bakul Makanan kepada Orang Asli

0

Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) telah melaksanakan agihan bantuan Bakul Makanan kepada masyarakat orang asli sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuaskan.

Kira-kira 49,670 isi rumah di 853 buah perkampungan orang asli di seluruh negara telah menerima bantuan fasa pertama yang diagihkan pada 2 April lalu.

Bantuan fasa kedua yang akan bermula hari ini melibatkan peruntukan sebanyak RM6 juta dijangka akan memberi manfaat kepada penerima tambahan sebanyak 55,000 orang.

Bantuan fasa kedua ini merupakan sambungan daripada agihan fasa pertama dengan penambahan kepada keluarga yang berpindah randah dan tinggal di kampung-kampung tambahan.

Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) telah melaksanakan agihan bantuan bakul makanan kepada masyarakat Orang Asli sejak…

Dikirim oleh Ismail Sabri Yaakob pada Kamis, 09 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply