JAKIM pilih dua pemenang Teka Warna Baju Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad

0

Pejam celik pejam celik kini Ramadhan telah pun tiba di penghujungnya dan Hari Raya Aidilfitri juga telah pun diumumkan.

Semalam, pengisytiharan Hari Raya Puasa 1441H/2020M telah diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

Telah diumumkan tarikh Hari Raya Aidilfitri tahun ini bagi negeri-negeri seluruh Malaysia jatuh pada hari Ahad, 24 Mei 2020.

Menariknya, kemunculan beliau bukan hanya dinanti semua untuk mengetahui tarikh sambutan hari raya sahaja, namun warna Baju Melayu yang dipakai ketika berucap menjadi teka teki saban tahun sehingga ada yang membuat peraduan meneka warna baju yang bakal dipakai oleh Tan Sri.

Bahang Aidilfitri kian terasa, ESOK tarikh lihat anak bulan Syawal 1441H (22 Mei 2020)Ramai yang akan cuba Teka Warna…

Dikirim oleh JAKIM-Jabatan Kemajuan Islam Malaysia pada Rabu, 20 Mei 2020

Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga telah memilih dua orang pemenang yang dapat membuat tekaan dengan betul warna baju yang dipakai oleh Tan Sri Syed Danial.

Tahniah kepada pemenang yang terpilih!

Pemenang Contest #warnabajutansri Tahniah En Wan Mohamad Zain & Eyda Talib kerana terpilih sebegai pemenang (y)

Dikirim oleh JAKIM-Jabatan Kemajuan Islam Malaysia pada Jumat, 22 Mei 2020

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply