Jaket Nang Surya serikan penyampai berita Rangkaian Media Prima Berhad

0

Jenama Nang Surya dimiliki usahawan tempatan diangkat sebagai penaja utama busana penyampai berita wanita Rangkaian Media Prima Berhad.

Bermula 1 Jun lalu, Nang Surya memeterai kerjasama eksklusif dengan konglamerat media ini sebagai penaja utama busana untuk penyampai berita wanita Buletin Utama, Berita TV9, NTV7 dan Channel 8. Kerjasama itu merupakan antara usaha penjenamaan semula Media Prima untuk wajah-wajah baru pembaca berita stesen televisyen berkenaan.

Sekian lama berita Buletin Utama menjadi madah rakyat Malaysia mendapat maklumat terkini perkembangan semasa dalam dan luar negara. Dari semasa ke semasa Media Prima perlu mengambil langkah menjenamakan semula Buletin Utama agar kekal diminati dan menjadi saluran utama warganegara Malaysia mendapat berita.

Penyiaran berita Buletin Utama merekodkan 5.3 juta capaian penonton harian, ia trend peningkatan sejak suku pertama 2018. Pencapaian kukuh ini menunjukkan berita televisyen kekal sebagai pilihan popular di kalangan rakyat Malaysia.

Kini wajah jelita penyampai berita Buletin Utama akan menjadi lebih berseri apabila mereka menggayakan jaket dari Nang Surya yang memiliki corak dan rekaan yang amat eksklusif dan istimewa.

Menurut Pengurus Kanan Nang Surya Group Sdn Bhd Puan Nik Suhaila Megat Deraman, Nang Surya menjadikan peluang ini sebagai platform untuk memperkenalkan rekaan terkini disamping menyerikan lagi penampilan penyampai berita yang bakal mengenakan jaket yang juga merupakan antara produk “hot seller” keluaran Nang Surya.

Terdapat pelbagai rekaan atau “design” bercorak checked, floral dan plain yang sesuai untuk digayakan secara kasual mahupun formal.

Kepada orang ramai yang berminat bolehlah singgah dan menjengah ke butik Nang Surya House of Beauty di TTDI Plaza dan Nang Surya Terengganu di Jalan Pejabat Kuala Terengganu.

Leave a Reply