‘Jaga Jarak 100 meter’ cuit perhatian netizen

0

#normalBaru perlu dipraktikkan masyarakat bertujuan mengekang jangkitan wabak pandemik disamping menitiberat penjagaan kebersihan diri.

Jika anda berada di tempat awam, penjarakan sosial perlu diamalkan sekurang-kurangnya dengan jarak satu meter antara satu sama lain.

Viral di laman media sosial Facebook, memperlihatkan seorang peniaga makanan meletakkan papan tanda peringatan bertulis ‘Jaga Jarak 100 M’ kepada pelanggannya.

Hmmm.. Bagus kakak kita ni, kembali berniaga demi menambah pendapatan dan mengikut saranan penjarakan sosial. Cuma, jauh sangat rasanya jika jarak 100 meter tu.

Mungkin kakak tu nak cepat berniaga dan terlupa untuk menambah ‘C’ pada ‘meter’. Barulah kena ‘Jaga Jarak 100 CM’ kan kak!

Cepat-cepat ubah ye kak. Nanti akak juga yang perlu mendapatkan pembesar suara untuk memanggil pelanggan seterusnya 📣📣📣

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

https://www.facebook.com/groups/1350909658414305/permalink/1412164518955485/

Leave a Reply