“Itu hak Nabila”, Sharnaaz Ahmad enggan komen spekulasi bekas isteri sudah temui pengganti

0

Hangat di ruangan media sosial memperkatakan Noor Nabila kini bercinta dengan bekas suami pelakon dari seberang tanah air, Laudya Cynthia Bella iaitu Engku Emran.

Spekulasi itu mula timbul apabila kelibat Engku Emran kelihatan di kediaman keluarga Noor Nabila ketika sesi usrah bersama Ustaz Wadi bersama ahli keluarga lain.

Namun, belum dipastikan lagi sejauh mana kesahihan khabar angin ini tambahan pula kedua-dua belah pihak tidak membuat sebarang pengakuan mahupun penjelasan setakat ini.

Mungkin kehadiran Engku Emran sekadar memenuhi jemputan untuk turut hadir ke majlis ilmu yang sering dianjurkan oleh keluarga pelakon, pengacara dan usahawan terkenal kelahiran Kelantan, Neelofa.

Apabila sudah dikenali ramai, pasti orang terhampir dengan Noor Nabila turut diajukan soalan berkenaan perkembangan terbaharu bekas isteri kepada pelakon tampan, Sharnaaz Ahmad.

Namun, pelakon yang terkenal dengan watak Jebat ini enggan mengulas lanjut mengenai khabar angin terbabit.

Kami kongsikan jawapan Sharnaaz Ahmad kepada portal hiburan Gempak.

“Saya tak nak komen apa-apa, itu hak Nabila,” katanya.

Untuk rekod, Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 namun mengambil keputusan berpisah pada Julai tahun lalu.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia lebih dua tahun.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply