Isu LTTE : Pimpinan tertinggi DAP cuba ganggu siasatan polis?

0

Pimpinan tertinggi DAP yang mempertikaikan tindakan polis menggunapakai Akta Kesalahan Keselamatan atau Langkah-langkah Khas, SOSMO dalam siasatan kes Harimau Pembebasan Tamil Ealam, LTTE jelas mengambarkan DAP sedang mengganggu urusan polis.

Menurut peguam terkemuka negara Tuan Haniff Khatri Abdulla tindakan itu langsung tidak membantu imej kerajaan yang mahu menegakkan kedaulatan undang-undang.

Sebaliknya meninggalkan persepsi negatif kepada rakyat seolah-olah wujud cubaan campurtangan kerajaan dalam siasatan polis.

“P Ramasamy dan juga Lim Kit Siang memberikan komen-komen bagaimana pula polis guna Sosma sedangkan Sosma patut dibubarkan,” katanya, merujuk kepada Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas).

“Perkara ini sebenarnya memberi persepsi negatif kepada rakyat pada masa itu seolah-olah ada percubaan campurtangan oleh kerajaan untuk mengganggu siasatan polis.

“Tanggungjawab kerajaan adalah menyangkal mana persepsi yang boleh mewujudkan tanggapan bahawa kedaulatan undang-undang dikompromi,” katanya dalam temubual Kelab Inspirasiku Mahathir di YouTube.

Tegas Tuan Haniff beliau perlu menegur dan memberi kefahaman mengenai hal itu kerana jika tidak, semua penyokong parti-parti kerajaan akan dilihat bersetuju mengabaikan kedaulatan undang-undang.

“Kalau perdana menteri sanggup mematuhi kedaulatan undang-undang, apa masalah pemimpin-pemimpin lain?”

Tambahnya, manifesto pilihan raya Pakatan Harapan tidak pernah berjanji memansuhkan SOSMA sebaliknya berjanji meminda undang-undang itu seperti berkenaan jaminan.

Beliau berkata sebelum PH menjadi kerajaan, penyokong-penyokongnya tidak merancang untuk memansuhkan undang-undang itu dan merasakan undang-undang itu perlu untuk melawan pengganas.

 

Tiga ahli DAP mencakupi 2 Adun dan seorang ahli majlis kerajaan tempatan antara 10 individu yang didakwa di mahkamah oktober lalu kerana menyokong LTTE.

Leave a Reply