Isteri trim rambut suami. Suami pula trim rambut anak! Gelagat MB Peja sekeluarga mencuit hati netizen

0

Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, bermacam telatah mencuit hati dan menghiburkan dapat kita lihat di platform media sosial.

Hah apa pula gelagat dan aktiviti santai Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu dan keluarga kali ini?

Menerusi laman media sosial Facebook @Faizal Azumu, ada sahaja aktiviti santai dan mencuit hati yang dikongsi beliau buat tatapan umum.

Terkini, beliau memuat naik video rambutnya di “trim” oleh isteri tercinta, Datin Seri Dr Nomee Ashikin.

Risau “disabotaj”, Dato’ Seri kelihatan mengomel tindak tanduk isteri sambil tidak lekang melihat hasilnya di cermin.

Beliau kemudiannya turut berkongsi bakat terpendam dengan “mengerjakan” rambut anak bujangnya pula????????????

Di ruangan komen, rata – rata para pengikutnya memberi komen positif di atas usaha beliau yang mahu kelihatan kemas dan handsome!

Ada yang menyatakan Dato’ Seri kelihatan kacak menerusi hasil tangan si isteri.

Ada pula yang berseloroh Dato’ Seri dah boleh “barbarian” selepas ini!

Macam – macamlah netizen ni ????

Not bad Dato’ Seri!

(VIDEO) HAPUSKAN COVID-19: PATUHI PKP – GUNTING RAMBUT DI RUMAH AJER KOMER..

Dikirim oleh Faizal Azumu pada Minggu, 05 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply