Isteri dakwa isteri godam akaun FB Timbalan Menteri

0

Isteri kepada Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin mendakwa akaun Facebook suaminya digodam oleh isteri yang lain.

Datin Camelia Yahaya dalam satu hantaran di Facebook berkata beliau masih lagi isteri Datuk Zahidi dan khabar dirinya bercerai dengan suaminya adalah tidak benar.

Datin Camelia Yahaya

Tambah Datin Camelia, beliau tidak permah menerima sebarang kata-kata mengenai cerai dari suaminya.

Susulan itu, beliau akan berbincang dengan peguam untuk tindakan lanjut.

Terdahulu, tular satu hantaran yang menggunapakai akaun Facebook peribadi Datuk Zahidi berkenaan pengakuan beliau kononnya telah bercerai dengan salah seorang isterinya Datin Camelia Yahaya.

Dalam satu hantaran pada 10 Oktober, Datin Camelia turut mendedah sijil pernikahan mereka sebagai bukti kepada tohmahan individu tertentu.

Semoga masalah peribadi mereka dapat diselesaikan dengan baik.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply