Israel lancar serangan kedua terhadap kawasan tentera dekat Damsyik

0

Israel melancarkan serangan udara kedua terhadap kawasan ketenteraan Syria yang terletak di pinggir bandar Damsyik, hari ini.

Serangan itu menyasarkan beberapa kawasan berdekatan Damsyik.

Serangan pertama pada Sabtu lalu, telah mengaktifkan barisan pertahanan Syria apabila siri peluru berpandu dilancarkan ke kawasan pinggir bandar Damsyik sehingga mencederakan dua anggota tentera.

Tentera Syria menerusi kenyataan yang dilaporkan agensi media tempatan berkata, serangan udara awal pagi tadi dilancarkan dari utara Israel dan menyasarkan kawasan ketenteraan di pekan Zakia, barat pinggir bandar Damsyik, lapor agensi berita ArabNews.

Bagaimanapun, tiada perincian lanjut berhubung serangan itu dikeluarkan.

Israel sebelum ini melancarkan serangan mengejut terhadap Syria lazimnya pada waktu malam, namun tentera Syria berkata, serangan terbaru berlaku selepas waktu tengah malam.

Wujud peningkatan serangan didalangi Israel terhadap Syria sejak kebelakangan ini.

Israel setakat ini mendalangi ratusan serangan yang menyasarkan kawasan tentera dikaitkan dengan Iran di Syria, dalam tempoh beberapa tahun lalu, pun begitu ia tidak pernah mengakui atau membincangkan perkara terbabit.

Bagaimanapun, Israel mengaku bahawa pihaknya menyasarkan gerakan ketenteraan disokong Iran, seperti kumpulan Hezbollah dengan cubaan untuk melumpuhkan penyeludupan senjata untuk kegunaan pergerakan terbabit.

Hezbollah berjuang bersama pasukan ketenteraan Presiden Syria, Bashar Assad dalam perang saraf.

Israel berkata, kehadiran Iran di penjuru utara negara terbabit mengundang serangan balas.

Ia sekali gus menyaksikan beberapa serangan udara dilancarkan terhadap kemudahan yang mendapat sokongan Iran dan konvoi senjata untuk bekalan kumpulan Hezbollah.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply