Intipati penting Temuramah bersama Setiausaha Politik Perdana Menteri, Tuan Abu Bakar Yahya mengenai Kongres Maruah Melayu

0

(1) ORANG MELAYU KENA BERFIKIRAN POSITIF MENGENAI PENGANJURAN KONGRES INI

“Sepatutnya kita orang Melayu khususnya, bila pucuk pimpinan negara dikatakan bersetuju untuk hadir pada hari tersebut, kenapa kita tidak datang beramai-ramai? Kita kena berfikiran positif, jangan terlalu negatif, takut nanti kalau terlalu banyak negatif kita tertinggal di belakang, jadi tak salahlah kalau orang kata bangsa kita jauh tertinggal di belakang, kerana apa, kerana terlalu banyak negatif yang difikirkan.”

(2) KONGRES INI LEBIH KEPADA PENYAMPAIAN TUNTUTAN DARIPADA ORANG MELAYU

“Ini peluang yang terbaik, kalau dah pucuk pimpinan negara nak hadir sudi hadir untuk bersama dengan orang-orang Melayu pada 6 Oktober di Stadium Melawati, Shah Alam, kenapa tak orang Melayu hadir seramai mungkin mendengar apakah tuntutan daripada wakil orang Melayu terhadap pucuk pimpinan dan kemudian kita nak dengar apa pucuk pimpinan kita perkatakan?”

(3) DATANG, LIHAT DAN DENGAR DULU SEBELUM NILAIKAN KONGRES INI

“Bagi sayalah, yang penting saya dapat datang, saya dapat lihat, saya dapat dengar, itu yang penting bagi saya, dan kemudian bolehlah saya olahkan, kalau kata tuntutan itu tak memuaskan bolehlah kita komplen, kalau penjelasan itu pun tidak jelas, tidak ada manfaat kepada bangsa, barulah kita komplen, ini kita belum lihat lagi apa yang berlaku, kita belum dengar lagi apa yang nak diperkatakan, kita sudah meletak persepsi-persepsi negatif yang boleh merugikan kita.”

(4) BOLEH BANTAI KEMUDIAN JIKA IA TIDAK MENJURUS KE ARAH MARUAH MELAYU

“Besok tengok, kalau dah lepas (habis Kongres Maruah Melayu), tak nampak kongres itu menjurus ke arah maruah Melayu barulah bantai, ini sekarang ni belum nampak apa lagi.”

(5) LAGI RAMAI HADIR LAGI KUAT PELUANG UNTUK TUNTUTAN DITERIMA

“Kalau yang hadir itu ramai, kalau sayalah tengok, oh ramainya, saya mesti rasa macam eh saya kena tolong ni ramai yang datang ni, kalau tidak besok yang hentam saya ramai.”

Pautan untuk wawancara penuh Tuan Abu Bakar Yahya dan Nik Suryani Megat Deraman dari The Malaya Post: https://www.youtube.com/watch?v=zvs2B_us_jA

Leave a Reply