“Insyaallah, saya hadir di Parlimen esok” – Annuar Musa

0

Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa mengesahkan beliau akan hadir pada Sidang Khas Dewan Rakyat, esok.

Tan Sri Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, berkata beliau negatif COVID-19 hasil saringan dijalankan ke atas semua Ahli Parlimen pada Jumaat lalu.

Semalam, media melaporkan beliau didakwa positif virus berkenaan.

Dua lagi yang turut disahkan negatif ialah Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon dan Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Tan Sri Annuar dalam Twitternya mengucapkan terima kasih kepada satu media yang segera memperbetulkan laporan berhubung perkara itu, yang dikatakan dipetik daripada portal berita lain dan media sosial.

“Adalah lebih baik jika kita lebih berhati-hati dalam membuat laporan kerana jika tersalah lapor, boleh membawa salah faham dalam masyarakat.
“Insya-Allah, saya hadir di Parlimen esok,” katanya.

Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan turut mengesahkan beliau negatif COVID-19 melalui ujian saringan pada Jumaat lalu, selain berdasarkan hasil kit ujian kendiri, malam tadi.

“Harap Parlimen boleh bersidang jika lebih 90 peratus ujian swab Ahli Parlimen negatif. Simpati kepada Ahli Parlimen yang (lengkap) dua dos vaksinasi tetapi positif,” katanya.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply