Institut Latihan Memandu dan proses perlesenan pemandu beroperasi mulai 1 Jun

0

Institut Latihan Memandu serta proses perlesenan pemandu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dibenarkan beroperasi bermula 1 Jun.

Sejajar persetujuan ahli mesyuarat khas pagi tadi, kerajaan memutuskan waktu operasi Institut Latihan dan Pengujian Pemandu akan beroperasi bermula jam 8.00 pagi sehingga 4.00 petang.

Sehubungan itu, JPJ telah menetapkan SOP selaras dengan ketetapan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) seperti pemeriksaan suhu, nyah kuman di luar dan di dalam kenderaan sebelum dan selepas digunakan serta memastikan kapasiti dan aturan tempat duduk terkawal.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply