Inspektor Polis jual semula dadah rampasan

0

Apa sudah jadi.

Di Johor Bharu, seorang pegawai kanan polis ditahan kerana disyaki bersekongkol dengan sindiket dadah berikutan menjual semula dadah yang dirampas kepada sindiket berkenaan, malam Selasa lalu.

Ia disahkan Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Menurut Datuk Ayob, pegawai polis berpangkat Inspektor yang berusia 31 tahun itu ditahan jam 7 malam di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor ketika hadir bagi memberi keterangan.

Rampasan dadah yang dijual semula kepada sindiket berkenaan dipercayai untuk pasaran negara jiran.

“Siasatan lanjut mendedahkan suspek itu yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara (JBU), menjual semula dadah yang dirampas polis kepada sindiket dadah bagi tujuan peribadi.

“Dalam kes ini, polis menyita sebuah kereta Perodua Alza dan wang tunai RM1,200. Suspek ditahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya Langkah Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985, dengan suspek akan ditahan di Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) selama dua tahun dan perintah sekatan,” katanya.

Dato’ Ayob berkata, pihaknya masih menyiasat jumlah dan nilai dadah yang dijual semula pegawai berkenaan.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply