Insiden serangan di Gelora Bung Karno cemar semangat kesukanan – MB Perak

0

Penyokong Malaysia diserang di Stadium Gelora Bung Karno cemarkan semangat kesukanan.

Demikian kata Menteri Besar Perak merangkap Presiden Bola Sepak Perak, PAFA, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu yang kesal apabila sukan bukan lagi instrumen penyatuan

Malah telah menjadi punca perpecahan, kemusnahan dan pelbagai kemungkaran, pergaduhan antara penyokong, rasuah di kalangan pegawai dan pemain serta banyak lagi perkara negatif.

“Saya berasa kesal apabila sukan bukan lagi instrumen penyatuan malah telah menjadi punca perpecahan, kemusnahan dan pelbagai kemungkaran, pergaduhan antara penyokong, rasuah di kalangan pegawai dan pemain serta banyak lagi perkara negatif” tulisnya di facebook.

Ujarnya lagi kejadian serangan membaling batu ketika para peminat Malaysia tiba di stadium, ketika perlawanan berlangsung dan melarat hingga ke selepas tamat perlawanan, adalah tindakan yang sama sekali tidak dapat diterima.

Yang pasti kejadian sebegini mesti dibendung dan para pemain yang dikagumi peminat pula perlu memainkan peranan masing-masing.

“Semoga setiap penyokong Malaysia terpelihara keselamatan mereka dan dapat pulang ke tanah air dengan selamat” kata Dato’ Seri Ahmad Faizal.

Dalam perlawanan bola sepak malam tadi menyaksikan pasukan Harimau Malaya berjaya membenam pasukan Garuda dengan 3-2.

Leave a Reply