Insiden helikopter terhempas, dua maut, dua cedera

0

Dua buah helikopter dipercayai ‘tergesel’ antara satu sama lain di udara sebelum satu daripadanya terhempas di Taman Melawati pada jam 12.06 tengah hari tadi.

Menerusi perkongsian di laman laman media sosial Facebook @Pertahanan Awam Kuala Lumpur, Pusat Kawalan Operasi Daerah Kuala Lumpur menerima laporan dan bertindak menghantar dua kumpulan penyelamat ke lokasi.

Dilaporkan, akibat insiden itu satu helikopter terhempas berdekatan palong air manakala satu lagi helikopter telah selamat mendarat di padang sekolah berhampiran.

Dua mangsa lelaki yang berada didalam helikopter terhempas dipercayai maut.

Manakala dua mangsa lelaki dan perempuan di helikopter yang sempat mendarat dikatakan terselamat namun mengalami beberapa kecederaan.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply