[TERKINI] : “Ini hanya satu percubaan untuk mengalihkan perhatian umum berkenaan aduan asal kes” – Yusoff Rawther

0

Muhammed Yusoff Rawther sekali lagi mengalu-alukan Presiden PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim agar meneruskan saman terhadap dirinya.

“Saya merujuk kepada laporan media tentang tuntutan mahkamah yang dibawa terhadap diri saya kepada Anwar Ibrahim.

“Walaupun peguam saya telah memaklumkan kepada saya bahawa beliau masih belum menerimanya, saya akan bersungguh-sungguh mempertahankan sebarang dan semua tuduhan terhadap saya dan oleh itu saya mengalu-alukan saman ini.

“Ini hanya satu percubaan untuk mengalihkan perhatian umum berkenaan aduan asal kes. Dengan apa yang saya telah dilalui, saya berharap ia satu permulaan untuk mencari kebenaran,” katanya dalam satu kenyataan media pada hari ini.

Yusoff Rawther berkata, dalam meneruskan semua yang telah dilaluinya, dia berharap detik ini akan menjadi permulaan untuk melihat kebenaran.

“Saya berharap anda semua juga akan dapat melihat si pelaku melakukan tuntutan palsu di mahkamah,” tambahnya.

Terdahulu Peguam Ramkarpal Sigh mengesahkan beliau telah menerima arahan daripada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memulakan saman fitnah terhadap Muhammed Yusoff Rawther.

Namun sehingga kini Peguam Yusoff Rawther, Haniff Khatri belum menerima saman berkenaan.

Untuk rekod pada 14 Januari lalu Jabatan Peguam Negara telah memutuskan untuk tidak mendakwa Presiden PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan serangan seksual terhadap bekas ,penyelidik PKR, Muhammed Yusoff Rawther dibuat berdasarkan penemuan dan kesimpulan Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, bagaimanapun pihaknya akan membuka semula kertas siasatan berhubung dakwaan Yusoff Rawther itu jika ada bukti baharu.

Tegasnya, tiada sebarang perkara yang mencurigakan berhubung keputusan Jabatan Peguam Negara yang memutuskan tiada cukup bukti untuk mendakwa Dato’ Seri Anwar.

Peguam Cara Negara, Datuk Engku Nor Faisah Engku Atek dalam satu kenyataan berkata, berdasarkan kertas siasatan diterima daripada polis, pihaknya mendapati terdapat percanggahan fakta yang material untuk membuat pendakwaan.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply