Ingkar Perintah Kawalan Pergerakan satu kesalahan jenayah, akan dipenjara dua tahun, denda – MKN

0

Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyatakan mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan yang akan dilaksanakan pada 18 hingga 31 Mac depan adalah menjadi satu kesalahan jenayah.

Orang ramai yang mengingkari larangan yang telah dikuatkuasa dengan mengadakan aktiviti perhimpunan sosial seperti majlis kahwin, majlis tahlil dan sebagainya akan dijatuhi hukuman penjara sehingga dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Undang-undang ini adalah sudah tertakluk di bawah peruntukan Seksyen 11(4) Akta 342 berserta Seksyen 24(a) Akta Keingkaran Larangan.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply