Ingkar arahan PKP, 136 dikompaun, empat direman

0

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan 140 individu atas kesalahan ingkar arahan PKP.

Daripada jumlah itu, seramai 136 individu telah dikompaun manakala 4 individu pula direman.

Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk gagal menyediakan peralatan atau catitan keluar masuk (35), tidak memakai pelitup muka (6), gagal melunaskan bayaran di pusat kuarantin (2), tidak memakai apron pakai buang (1), serta aktiviti dengan melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan sosial (96).

Dalam operasi berkenaan, PDRM telah membuat 67,493 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Kira-kira 4,981 Pasukan Pematuhan yang melibatkan 17,401 anggota telah membuat pemantauan di 4,229 pasar raya, 5,473 restoran serta 1,747 penjaja, 1,781 kilang, 3,842 bank dan 1,063 pejabat kerajaan.

Dalam pada itu, 1,676 terminal pengangkutan darat, 315 terminal pengangkutan air serta 103 terminal pengangkutan udara turut diperiksa.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply