Ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan, pihak berkuasa akan ambil tindakan undang-undang

0

Demi memastikan masyarakat mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula 18 Mac lalu, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah mengambil pendekatan turun padang menasihati orang ramai tidak keluar dari kediaman masing-masing.

Pendekatan terbabit dipraktikkan untuk memantapkan lagi kawalan bagi menangani penularan COVID-19 yang melanda negara ketika ini.

Usaha Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) memberi nasihat kepada orang ramai agar mematuhi Perintah Kawalan…

Dikirim oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Rabu, 18 Maret 2020

Setelah dua hari membuat pemantauan, masih lagi terdapat segelintir masyarakat yang masih berdegil dengan arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa.

Semalam masih ada sekumpulan kanak-kanak bermain di tapak permainan, ibu bapa pula tanpa rasa bersalah membawa anak ke taman permainan kanak-kanak serta berada di restoran makan bersama kawan-kawan dan sebagainya.

Walaupun telah diarahkan oleh pihak polis untuk bersurai, namun masih ada masyarakat yang gagal mematuhi arahan yang diberikan.

Dalam pada itu, pihak polis memaklumkan tidak teragak-agak akan mengambil tindakan undang-undang dan akan melakukan tangkapan kepada individu yang ingkar.

Orang awam yang gagal mematuhi peraturan akan dikenakan hukuman denda RM1,000 , penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply