Info penting bagi pencinta haiwan

0

Perhatian kepada pencinta haiwan!

Anda mempunyai haiwan peliharaan di rumah?

Penting untuk anda mengetahui info penting mengenai haiwan peliharaan dan virus COVID-19.

Bolehkah COVID-19 berjangkit melalui haiwan kepada manusia?

*Sehingga kini tiada penemuan saintifik menunjukkan terdapat jangkitan dari haiwan kepada manusia

Bagaimana COVID-19 boleh berjangkit melalui manusia kepada haiwan?

*Virus COVID-19 boleh menjangkiti haiwan melalui sentuhan langsung dari manusia yang postif atau melalui anggota badan individu yang tercemar

Bolehkah COVID-19 berjangkit melalui manusia kepada haiwan?

*Jangkitan dari manusia kepada haiwan adalah sangat rendah dan kes yang dilaporkan sehingga kini adalah terpencil

*Namun begitu setakat ini tiada kes jangkitan COVID-19 melalui haiwan dilaporkan di Malaysia

Apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh pemilik haiwan di rumah semasa wabak COVID-19?

*Pemilik haiwan dinasihatkan untuk mengamalkan kebersihan diri sepanjang masa

*Sentiasa membasuh tangan dengan sabun atau pencuci nyah kuman

*Bersihkan segala bekas, tempat rehat dan bekas najis dengan sabun atau pencuci nyah kuman

*Menghadkan pergerakan haiwan

*Menghadkan sentuhan langsung termasuk mencium dan memeluk haiwan

*Pastikan keperluan dan kebajikan haiwan terjaga

Apakah langkah-langkah penjagaan haiwan sekiranya pemilik haiwan perlu menjalani kuarantin atau isolasi?

1) Penjaga “self quarantine” di rumah

*Haiwan diasingkan dan hadkan pergerakan

*Penjagaan haiwan perlu diserahkan kepada penjaga lain

*Penjaga atau pemilik perlu menghadkan sentuhan

*Penjaga perlu mengikut langkah-langkah pencengahan seperti yang disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

2) Penjaga dirawat di hospital atau pusat kuarantin

*Jika tiada penjaga, serahkan kepada saudara mara atau jiran terdekat

*Dapatkan surat kebenaran pergerakan dari pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia terdekat

Perhatian kepada pemilik haiwan kesayangan 🐭🐱🐶Sumber DVS Malaysia

Dikirim oleh Public Health Malaysia pada Minggu, 12 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply