Influencer dan ahli farmasi, Siti Awe kongsi detik permulaan ajak suami kahwin

0

Influencer yang juga seorang ahli farmasi popular di lapangan media sosial dengan gaya celoteh bersahaja loghat Utara, Siti Awe telah berkongsi satu gambar dan menceritakan detik permulaan ketika dia mahu mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Faiz Farhan.

Dengan memiliki lebih 300,000 pengikut di laman Instagram, dia menulis “Nak kawen tak? Nak kawen cepat la dtg rumah. Tak nak kawen i nak blah” tulisnya.

Menurutnya, dia berbuat demikian kerana tidak mahu membazir masa untuk melalui fasa hubungan yang tidak mempunyai sebarang ikatan yang sah.

“Ajak kawen pun gangster. Tak ada salahnya pun kalau gegadis mula dulu. Kadang kalau menunggu janggut pun boleh tumbuh, biarkan sahaja jika orang sekeliling melabel perigi mencari timba asalkan kita berusaha untuk mendapatkan apa kemahuan diri. Jika hanya menunggu sahaja, jawabnya melopong sahaja”, ujarnya.

“Sekian dari sis seorang domestic engineer baru sudah masak bekal nak bawak pergi uni😉✨” selorohnya diakhir entrinya.

Di ruangan komen ramai rakan media sosial turut berkongsi pengalaman yang sama sepertinya dan ada juga lamaran ditolak oleh pihak lelaki.

Siti Awe bersama suami kini menetap di Manchester United, United Kingdom dan sedang menyambung pelajaran dalam jurusan Mastering the Art of Domestic Engineering.

Leave a Reply