Individu lengkap vaksin dibenar tunai umrah

0

RIYADH 10 Okt – Berkuatkuasa hari ini, hanya individu yang sudah lengkap divaksin yang diluluskan negara itu, dibenarkan menunaikan umrah dan melawat Masjidilharam dan Masjid Nabawi.

Lapor agensi berita ArabNews, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi turut membenarkan mereka yang disahkan diberi pengecualian daripada mengambil vaksin mengikut aplikasi Tawakkalna, juga dibenarkan melawat dua masjid suci di Makah dan Madinah.

Peraturan baharu yang berkuatkuasa hari ini dibuat sebagai langkah pencegahan untuk membendung penyebaran virus COVID-19 termasuk varian Delta

Mereka yang sudah membuat tempahan dan mempunyai permit untuk menunaikan umrah atau mengunjungi dua masjid suci tetapi belum lengkap divaksin hendaklah mendapatkan suntikan dos kedua dalam tempoh 48 jam.

Ia sebelum tarikh ditetapkan dalam permit bagi mengelak pembatalan.

Peraturan baharu yang berkuatkuasa hari ini dibuat sebagai langkah pencegahan untuk membendung penyebaran virus COVID-19 termasuk varian Delta

Setakat ini, kerajaan Arab Saudi sudah memberi suntikan vaksin lebih 43.1 juta dos dan empat vaksin yang digunakan iaitu Oxford-AstraZeneca, Pfizer-BioNTech, Johnson & Johnson, dan Moderna.

Kementerian Kesihatan Arab Saudi sebelum ini melaporkan mereka yang sudah lengkap divaksin dengan Sinopharm atau Sinovac juga boleh diterima dengan syarat mereka sudah mengambil dos penggalak yang dipersetujui kerajaan. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply