Individu kenamaan dan Ahli Parlimen lulus BPN kerana rekod cukai, boleh buat pemulangan semula

0

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) mengambil maklum laporan media berkenaan individu kenamaan termasuk Ahli Parlimen yang diluluskan untuk pembayaran fasa pertama Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang bermula pada 6 April lalu.

LHDNM telah mengeluarkan satu pekeliling dan menjelaskan bahawa bagi pembayaran BPN sepertimana yang telah diumumkan sebelum ini, penerima diluluskan secara automatik berdasarkan kepada pangkalan data Bantuan Sara Hidup (BSH) dan data rekod percukaian tahun taksiran LHDNM tahun 2018.

Permohonan baharu atau rayuan adalah untuk mereka yang belum mendaftar dengan BSH sebelum ini, manakala pembayar cukai perlu mengemaskini data peribadi masing-masing dengan LHDNM.

S za Kelulusan permohonan baharu adalah tertakluk kepada proses semakan dan verifikasi.

Semakan awal LHDNM turut mendapati bahawa proses penentuan penerima BPN adalah teratur dan mereka yang diluluskan mempunyai tahap pendapatan bercukai didalam julat pendapatan yang layak menerima BPN.

Oleh sebab itu, penentuan penerima BPN dibuat dengan memadankan kriteria pendapatan BPN dengan data percukaian terkini di LHDNM berdasarkan rekod percukaian Tahun Taksiran 2018 dan pangkalan data kerajaan yang berkaitan mengikut kategori yang tertera.

Merujuk isu beberapa Ahli Parlimen dan orang kenamaan turut layak dan menerima BPN, perlu dijelaskan bahawa kelulusan dibuat secara automatik berdasarkan data taksiran pendapatan individu tersebut pada tahun 2018 dalam rekod LHDNM.

Namun demikian, LHDNM menerima baik Ahli Parlimen yang secara sukarela telah memulangkan bayaran BPN terbabit.

Sekiranya mana-mana Ahli Parlimen atau penerima BPN lain yang ingin memulangkan semula bayaran BPN, penerima boleh berbuat demikian mengikut prosedur berikut:

i. Mengemukakan surat penolakan dengan menyatakan nama penuh dan nombor MyKad

ii. Lampirkan draf bank / cek atas nama Akauntan Negara Malaysia (mengikut jumlah pemulangan)

iii. Dikemukakan kepada pihak Kementerian Kewangan Malaysia di alamat berikut:

Pejabat Belanjawan Negara,
Kementerian Kewangan Malaysia Presint 2, 62592 Putrajaya.

PENJELASAN LHDN MENGENAI BAYARAN PRIHATIN NASIONAL (BPN)Lembaga Hasil Dalam Negeri MalaysiaKementerian Kewangan…

Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Kamis, 09 April 2020

Leave a Reply