Individu berumur 17 tahun dan ke atas tidak memakai tali pinggang di tempat duduk bahagian belakang kereta akan disaman RM 300

0

Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke mengumumkan bahawa penumpang yang duduk di bahagian belakang kereta wajib memakai tali pinggang keledar bermula tahun 2020.

Sekiranya individu berumur 17 tahun dan keatas didapati tidak memakai tali pinggang di tempat duduk belakang kereta ketika operasi dijalankan akan dikenakan saman sebanyak RM 300.

Manakala, kanak-kanak atau individu 17 tahun kebawah yang tidak memakai tali pinggang keledar secara automatik pemandu kereta dikenakan saman.

Penguatkuasaan undang-undang berkaitan pemakaian tali pinggang belakang ini adalah selari dengan Akta Pengangkutan Jalan 1987. –THE MALAYA POST

*Subcribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply