Imuniti kelompok selesai hujung Oktober ini

0

Kerajaan mensasarkan 100 peratus penduduk dewasa atau 80 peratus populasi Malaysia dijangka mendapat dos lengkap vaksin COVID-19 menjelang hujung Oktober ini.

Ia sekaligus melengkapkan imuniti kelompok.

Berdasarkan jumlah kumulatif pemberian vaksin, sebanyak 24,542,437 dos sudah diberikan setakat semalam.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata, jumlah itu membabitkan 15,772,101 dos pertama dan 8,770,336 dos kedua.

“Saya diberi taklimat oleh Jawatankuasa Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) pagi tadi. Alhamdulillah, proses vaksinasi berjalan mengikut jadual setakat ini.

“Menjelang 31 Ogos ini, lebih 60 peratus penduduk dewasa atau lebih 40 peratus keseluruhan penduduk di negara kita dijangka menerima dos lengkap suntikan vaksin.

“Ini pastinya merupakan khabar gembira buat kita semua menjelang sambutan Hari Kebangsaan tahun ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Tambah beliau, berdasarkan data terkini dalam dan luar negara, jumlah kes kategori 4 dan 5 serta kadar kematian akan menurun dengan mendadak apabila kadar vaksinasi meningkat.

Beliau mengajak rakyat mendoakan supaya negara dapat keluar daripada pandemik itu dengan segera. — THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply