Impian terlaksana! Ayda Jebat hadiahkan ibu rumah baru

0

Nampaknya hari Jumaat yang penuh barokah ini memberi banyak perkongsian yang menggembirakan dan menyentuh hati.

Pelakon dan penyanyi yang bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi, Ayda Jebat berkongsi berita gembira di laman media sosial Instagram miliknya apabila hajatnya untuk membeli sebuah rumah untuk ibunya akhirnya termakbul jua.

Ayda berkata, menghadiahkan sebuah rumah untuk ibunya merupakan impian yang ingin dicapainya sebelum berumahtangga.

Dalam pada itu, Ayda turut mendoakan agar para peminat dan semua dapat membahagiakan ibu bapa masing-masing.

Tahniah Ayda Jebat!

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply