Illi Najwa mengadap Sultan Johor, tidak pernah keluar Islam

0

Berhubung status agama seorang wanita yang dilaporkan berkahwin dengan Kapten Hoki India Disember tahun lalu, siasatan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) mendapati Illi Najwa Anuar Hussin Saddique tidak pernah keluar daripada Islam.

Memetik kenyataan di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hasil siasatan penuh JAINJ berhubung status perkahwinan dan keagamaan Illi Najwa bersama pasangannya, Manpreet Singh Pawar telah dipersembahkan Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad dan Pengarah JAINJ, Datuk Md Rofiki Shamsudin ketika mengadap Sultan Johor di Pejabat Mados, Istana Bukit Pelangi, semalam.

Hadir sama menghadap Sultan Johor dalam pertemuan berkenaan ialah Illi Najwa.

“Pihak JAINJ telah memanggil Illi Najwa, ibunya serta beberapa saksi lain untuk mendapatkan keterangan.

Menurut Yahya, pendaftaran perkahwinan mereka di Johor Bahru juga kini dalam proses.

“Tiada apa-apa masalah untuk didaftarkan perkahwinan mereka dan isu ini juga sudah selesai,” jelasnya.

Untuk rekod, pada Disember tahun lalu, Sultan Ibrahim telah menitahkan JAINJ dan Jabatan Mufti Johor menyiasat status terkini agama seorang wanita yang dilaporkan berkahwin dengan Kapten Hoki India.

Sultan Johor dilaporkan bertitah, sebagai Ketua Agama Islam Johor, baginda bertanggungjawab memelihara kedudukan Islam supaya sentiasa terpelihara dan dipandang mulia selari dengan Perkara 57 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 dan Perkara 3 Perlembagaan.

Isu membabitkan Illi Najwa timbul selepas tular beberapa gambar dan video pasangan itu melangsungkan majlis resepsi perkahwinan di Mithapur dekat Jalandhar, Punjab Disember tahun lalu.

Pemuda berusia 28 tahun itu dilihat mengenakan sut perkahwinan punjabi, manakala isterinya memakai pakaian pengantin punjabi ketika mereka bertukar ikrar perkahwinan.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply