Ikut jejak ayah dan datuk, Daniel Maldini generasi ketiga bermain untuk AC Milan

0

Daniel Maldini menjadi generasi ketiga mengikuti jejak langkah ayah dan datuknya bermain untuk pasukan AC Milan.

Anak lelaki kepada legenda AC Milan Paolo Maldini telah membuat kemunculan pertamanya dengan mata seri 1-1 ketika bertemu pasukan Hellas Verona di San Siro.

View this post on Instagram

02.02.20

A post shared by Daniel Maldini (@dani.malda) on

Anak ikon bola sepak, Daniel berjaya menamatkan perlawanan dengan menjaringkan gol sulungnya pada minit ke-93 permainan.

Berbeza daripada kedua ayah dan datuknya (pemain pertahanan), pemain berusia 18 tahun ini memegang posisi tengah sebagai pemain penyerang.

View this post on Instagram

⚽️🏃‍♂️

A post shared by Daniel Maldini (@dani.malda) on

Datuknya, Cesare memenangi empat gelaran liga dan Piala Eropah dalam 12 musim dalam kelabnya sebelum diangkat sebagai pengurus Milan.

Ayahnya, Paulo meneruskan legasi dengan cara yang luar biasa memainkan rekod 647 perlawanan di Serie A dan memenangi liga tujuh kali serta lima kali juara Piala Eropah. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply