Idea ubah suai ruang parking secara minimalis, lain macam rupanya!

0

Jika rumah anda mempunyai ruang parkir yang kecil dan terhad atau memiliki kenderaan lebih daripada satu, pasti bermasalah untuk memarkir kereta anda, bukan?

Masing-masing berebut mahukan parkir di dalam kawasan rumah dan berbumbung.

Jika kawasan rumah memiliki keluasan yang besar, bolehlah diubahsuai sebagai tempat meletak kenderaan yang lebih besar.

Jika tidak, terpaksalah memarkir kenderaan di luar kawasan rumah, itupun sekiranya mempunyai ruang yang kosong.

Viral di laman media sosial Facebook @Siakap Keli Press yang berkongsi foto kenderaan diparkir di dalam kawasan rumah teres yang berkeluasan agak terhad, tetapi telah diubahsuai dengan idea yang terlebih bernas 🤣🤣.

Namun apa yang melucukan, bahagian yang diubahsuai itu hanyalah sekadar sebahagian kecil pagar untuk kereta cukup-cukup makan sahaja! 🤣

Memang jimat habis! Nak kata kreatif pun tak pasti! Cantik atau tidak, tolak tepi. Asal dapat masukkan kenderaan, selesai masalah 🤣

Bertabahlah wahai orang rumah 😂😂

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Kereta tak muat? Takde masalah. kita buat dia..Kredit: Tan Loong

Posted by Siakap Keli Press on Tuesday, 7 July 2020

Leave a Reply