Idam wanita bertudung dan Pengacara, Zizan Razak serah pilih jodoh kepada ibu dan bapanya

0

Siapa tidak kenal dengan pelawak, pelakon dan penyanyi Zizan Razak yang terkenal dengan lawak spontan dan tidak kering gusi apabila melihat telatah bersahajanya.

Baru-baru ini, Zizan telah berkongsi video di laman Instagramnya dengan status, “Alamak.. isu baru pulak dahhh.. ade ke Zizan kene gosip dengan @hawarizwana pulekkkk..!!! Oh @mstaronlineofficial tolonglahhh!!!”, tulisnya.

Bercerita lanjut bagaimana gosip itu berlaku, ianya bermula usai tamat siaran langsung acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-32.

Pada ketika itu, rakan-rakan media sedang menemuramah Zizan sebagai pemenang Anugerah Pelakon Komedi Popular.

Semasa sesi soal jawab, Zizan telah diusik oleh para media apabila bertanya soalan tentang perancangan masa hadapannya.

Menurutnya, “Jika ke arah perkahwinan, saya ada terfikir, saya nak cari yang bertudung dan boleh bercakap iaitu mengacara. Namun disaat para media memandang salah seorang wartawan disitu Hawa Rizwana, Zizan berseloroh…Kenapa pandang dia? Jangan pandang dia, dia takde kena mengena dalam cerita ni. Sambil tersenyum malu”.

Namun para wartawan mengatakan bahawa mereka sepadan. Wartawan dan pengacara, Hawa Rizwana hanya tersenyum malu tanpa mengajukan apa apa soalan atau mempedulikan usikan itu.

Pada ABPBH ke-32 yang lalu, Zizan Razak telah memenangi Anugerah Pelakon Komedi Popular.

Nampaknya Zizan sudah bagi ‘hint’ tentang ciri-ciri wanita idamannya dan serahkan pilihan jodoh kepada ibu dan bapanya.

Di ruangan komen status berkenaan, para peminat memberikan sokongan dan semangat kepada artis serba boleh kelahiran Terengganu itu.

 

Leave a Reply