ICQS di Perlis dan Kedah dibuka semula

0

Kerajaan telah membuat keputusan untuk membuka kembali beberapa jabatan antaranya Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Padang Besar, Perlis dan Durian Burung, Kedah bagi kenderaan perdagangan komersial dan kargo sahaja.

Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata agensi-agensi yang terlibat juga telah dimaklumkan mengenai keputusan ini untuk tindakan yang harus dilakukan seterusnya.

Selain daripada itu, ahli Mesyuarat Khas Menteri-Menteri juga telah bersetuju membenarkan rakyat Malaysia yang berada di Singapura berhasrat untuk pulang ke Malaysia tidak perlu lagi memohon permit MyPass dari Suruhanjaya Tinggi Malaysia.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply