Ibu tunggal yang menyara sembilan anak meraung kena hukuman gantung

0

Tular sebuah video membabitkan seorang ibu tunggal yang menyara sembilan orang anak meraung apabila didapati dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Tawau kerana mengedar dadah jenis syabu semalam.

Menerusi perkongsian video di Twitter AADK  Daerah Besut, wanita berusia 50-an itu meraung sambil dibawa oleh pihak polis selepas mendengar hukuman yang diterima buat dirinya.

Berdasarkan video berdurasi empat puluh empat saat, jelas kedengaran wanita terbabit yang juga seorang nelayan bertanya siapakah yang akan menjaga anak-anaknya apabila dia dijatuhkan hukuman mati.

Menurut satu kenyataan di Twitter AADK, ibu tunggal itu dijatuhi hukuman mati mandatori miliki kerana mengedar dadah oleh Mahkamah Tinggi Tawau pada 15 Oktober lalu.

Dia didapati bersalah mengedar dadah tiga tahun lalu.

Susulan perkongsian video itu, rata-rata orang ramai telah meninggalkan pelbagai komen.

Antaranya mahu kejadian itu dijadikan sebagai ikhtibar kepada orang ramai yang berniat mahu melakukan sesuatu perkara.

Semoga dipermudahkan segala urusan makcik. Kami di The Malaya Post mendoakan yang baik-baik untuk ibu ini.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply