Ibu Haneesya Hanee buat laporan polis dan tuntut permohonan maaf secara terbuka dua pemilik akaun Twitter

0

Masih hangat dengan isu tindakan ke atas pengguna laman media sosial yang semakin berani dan terbuka menulis komen “biadap” terhadap selebriti tanah air.

Terbaru, ibu kepada pelakon yang baru memenangi Anugerah Artis Baru Popular ABPBH ke-32, Haneesya Hanee, ingin menyaman dua pemilik akaun Twitter yang telah meninggalkan komen berbaur sindiran pada status yang ditulis Haneesya baru-baru ini.

Pemilik akaun berkenaan menyamakan Haneesya dengan ‘jeli’ atau ‘bubble tea’ dan mengatakannya hitam sehingga Hajarul Aswad mencemburuinya.

Melalui perkongsian video, ibu Haneesya telah membuat laporan polis dan memberi masa dua minggu untuk dua pemilik akaun twitter itu membuat permohonan maaf secara terbuka.

Tambahnya lagi, di saat Haneesya melakukan kesalahan, Haneesya mendapat peluang untuk memohon maaf dan dimaafkan.

Justeru itu, dia mahu melakukan perkara yang sama dengan memberi peluang agar pihak yang meninggalkan komen sedemikian memohon maaf.

Jika tiada permohonan maaf dilakukan, tindakan undang-undang akan diambil terhadap pengguna twitter berkenaan

Sebelum ini finalis Dewi Remaja dan pelakon, Haneesya Hanee terpalit kontroversi dan sudah membuat permohonan maaf secara terbuka.

Sehingga kini warganet masih belum berpuas hati dengannya malah terbaru Haneesya dikatakan mencari publisiti murahan kerana sering menggunakan isu warna kulitnya.

Leave a Reply