Ibu bapa digesa beri suntikan vaksin, elak anak dijangkiti Virus Polio

0

#PesananKhidmatMasyarakat

Baru-baru ini rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita jangkitan virus polio yang pertama dikesan di Tuaran, Sabah, setelah 27 tahun Malaysia bebas daripada penyakit tersebut.

Mana-mana individu yang disahkan terkena jangkitan virus tersebut, boleh menyebabkannya mengalami kelumpuhan kekal. Virus berkenaan menyerang melalui sistem saraf manusia dan sekiranya berlaku kegagalan pernafasan, ia boleh membawa maut kepada pesakit.

Penyakit polio ini tidak boleh disembuhkan, namun ia boleh dicegah. Berikut adalah saranan Kementerian Kesihatan Malaysia:

1. Ibu bapa digesa untuk membawa anak-anak ke klinik untuk mendapat vaksinasi polio yang lengkap mengikut jadual yang telah ditetapkan.

2. Mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer), terutamanya selepas keluar dari tandas dan selepas menukar lampin serta menjaga kebersihan persekitaran.

3. Menyediakan makanan secara bersih dan selamat termasuk membasuh ulam-ulaman atau sayur-sayuran yang dimakan mentah dengan air bersih, minum air yang telah dimasak serta memilih premis makanan yang bersih.

4. Mendapatkan maklumat terkini berkaitan penyakit polio dari laman sesawang https://www.infosihat.gov.my.

Leave a Reply