HyTalent, kolaborasi universiti, industri lonjak kebolehpasaran graduan

0

Semua universiti perlu mengambil manfaat daripada Program HyTalent dengan berkolaborasi dengan pihak industri yang bersesuaian.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata Program HyTalent dibiayai oleh Kumpulan Wang Covid-19 (KWC), bermatlamat untuk membolehkan graduan Malaysia mengasah dan menggunakan skil kepimpinan dan teknikal mereka untuk penggunaan teknologi yang lebih hebat.

Yang nyata katanya, kolaborasi tiga universiti awam dan industri lonjak kebolehpasaran graduan.

“Program HyTalent adalah kerjasama dengan Siemens Malaysia Sdn Bhd, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) located in Skudai, Johor, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) in Bangi and Universiti Putra Malaysia (UPM) in Seri Kembangan, Selangor.

“Seramai 500 pelatih dalam bidang Internet of Things (IoT) dan Industrial Internet of Things (IIoT) akan ditempatkan dalam pelbagai syarikat yang mengambil bahagian”, katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Terbaru seramai 500 pelatih dalam bidang Internet of Things (IoT) dan Industrial Internet of Things (IIoT) akan ditempatkan dalam pelbagai syarikat yang mengambil bahagian.

Katanya, graduan diberikan tempat menjalani latihan dan peluang bagi meningkatkan kemahiran dalam bidang pengurusan fasiliti. Graduan yang menunjukkan potensi dan prestasi yang baik akan diberikan peluang berada dalam industri.

Kolaborasi sebegini dianggap peluang keemasan yang harus dimanfaatkan universiti dan rakan industri.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply