Hypermarket terkenal sediakan “personal shopper”, mudahkan para suami membeli barangan keperluan harian

0

Dalam usaha membantu bagi membendung dan seterusnya memutuskan rantaian virus COVID-19 ini, pelbagai inisiatif telah diambil dan dilakukan oleh pihak berwajib.

Antaranya, hanya ketua atau wakil keluarga sahaja yang dibenar untuk keluar mendapatkan barangan keperluan.

Menerusi perkongsian laman media sosial, kita dapat saksikan perkongsian isteri atau ibu apabila si suami yang perlu membeli barangan memasak yang amat jarang dilakukan sebelum ini.

Bermacam-macam ragam yang mencuit hati  dapat kita lihat. Ada yang tersilap beli barangan yang dikehendaki isteri.

Malah ada yang membawa “list” bermacam-macam barangan yang patut dibeli, namun yang tiba di rumah hanya beberapa barangan sahaja.

Alasan, tak jumpa barang yang diperlukan!????????‍♀️????

Malah ada juga soalan-soalan yang pelik dan berjela-jela ditanya namun akhirnya barangan lain yang sampai ke dapur!

Encik suami! Jangan gundah dan gelana!
Bantuan dah tiba!

Bagi syarikat membeli belah terkenal di Malaysia, AEON, mereka telah mengambil pendekatan dengan mewujudkan bantuan ‘Personal Shopper’ buat pelanggan yang ingin berusniaga di situ.

Namun pendekatan ini meresahkan para isteri di rumah pula????????‍♀️????

Mungkin takut jadi seperti lukisan ini ????????????

Ada yang mempersoalkan “social distancing” di antara “personal shopper” dan para suami. Dah ke laut pemikiran akak tu????????

Apa-apa pun, pendekatan yang dilakukan oleh hypermarket AEON ini boleh dipuji malah amat membantu para pelanggan ketika membeli barangan keperluan haria terutama si suami!

Kakak-kakak atau para isteri di rumah jangan gundah gulana.

Mereka hanya membantu ketua keluarga yang kurang pengalaman membeli barangan dapur yang lazimnya dilakukan oleh para isteri.

Di laman media sosial Facebook @AEON Retail Malaysia, ada dikongsikan langkah mudah kaedah belian ini :

1. Berikan senarai barangan yang ingin dibeli kepada Personal Shopper.

2. Tunggu di dalam kenderaan sementara Personal Shopper anda mendapat dan mengumpul barang – barang.

3. Mereka akan menghubungi anda apabila selesai dapatkan barangan.

4. Bayaran dibuat kepada juruwang di bahagian pembayaran.

Mudah kan!
Tak perlulah Encik suami sampai juling biji mata mencari barang yang isteri minta.

Tahniah AEON!

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply