Hubungan rapat dua beradik sentuh hati netizen

0

Kasih sayang serta keakraban antara abang dan adik ini mengundang rasa sayu dan menjentik hati netizen.

Tular dilaman sosial dimana satu video berdurasi satu minit yang memaparkan seorang abang yang mencari adiknya dikalangan pelajar perempuan untuk turut serta bersamanya.

Pelajar dari sekolah SMKA Lati, Alif Najmi Ab Razak yang memperolehi 9A dalam SPM sekaligus dianugerahkan sebagai pelajar terbaik kelihatan tercari-cari adiknya, kemudian bertanya kepala para pelajar yang lain ‘anis mana anis’.

Tidak lama kemudian kelihatan seorang pelajar perempuan berjalan dari hujung barisan sambil menutup mukanya sebelum memeluk abangnya dan mereka berdua mendapat sorakan dari rakan-rakan.

Mereka berdua kemudiannya bersama sama menaiki pentas dan kelihatan juga Alif Najmi menyapu matanya ketika berada di atas pentas berkenaan.

Di ruangan komen pula ramai yang tersentuh dengan keakraban mereka dan mengatakan adik Anis beruntung kerana mempunyai abang yang penyayang malah tidak kurang juga netizen berceloteh mengatakan abang sendiri dengannya ibarat Israel dan Palestin.

Netizen ni ada-ada sahaja akalannya untuk mengusik orang lain ya!

– THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply