Hubungan berantakan? Harap semuanya baik-baik sahaja

0

Desas desus perkhabaran perceraian jutawan kosmetik di antara Dato’ Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Shahida masih lagi menjadi tanda tanya kerana masing-masing memilih mendiamkan diri dari memberikan sebarang kenyataan.

Meskipun tidak membuat sebarang kenyataan, Dato’ Seri Aliff Syukri tetap seperti biasa , seorang figura yang sering memuatnaik apa sahaja perkara di laman Instagramnya.

Hari ini kami sempat melihat satu perkongsian di Instastory miliknya yang memaparkan sekeping borang walaupun tidak kelihatan begitu jelas kenyataan pada borang terbabit namun ia tetap menjadi persoalan dan tanda tanya ramai.

Selain itu, Aliff Syukri turut berkongsi di Instastory luahan hati dan “hint” ke atas apa yang sedang berlaku.

Datin Seri Shahida turut memuatnaik entri memberi gambaran mengenai kehidupan rumahtangganya kerana sejak kebelakangan ini Shahida hanya berkongsi aktiviti bersama anak-anak tanpa kelibat suaminya.

Mungkin ini sekadar khabar angin atau tekaan sahaja. Hanya si empunya diri yang tahu realiti keadaan dan situasi mereka.

Walau apa pun keadaan, semoga semuanya baik-baik sahaja.

The Malaya Post mendoakan semoga pasangan ini mahupun mana-mana pasangan yang hubungan sedang diuji, ambil peluang tempoh kawalan pergerakan ini sebagai masa untuk bertenang dan berfikir dengan lebih realistik demi orang tersayang.

Semoga baik-baik semuanya ya!

– THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply