Hong Jin Young derma 5,000 topeng muka kepada rakyat Korea yang dipindahkan dari Wuhan

0

Berikutan keadaan negara yang berada di tengah-tengah kebimbangan akibat penularan wabak coronavirus, tidak dikecualikan para selebriti juga turut menyumbangkan bantuan kepada yang memerlukan.

Penyanyi dan penghibur Korea Selatan, Hong Jin Young telah mengambil peluang ini mendermakan lebih daripada 5,000 topeng muka (face mask).

Topeng muka disumbangkan kepada Police Human Resources Development Institute di Asan, Chungnam dan Comunity Chest di Incheon, Seoul.

Topeng muka ini akan diserahkan dan diagihkan kepada kakitangan perubatan serta penduduk yang pulang ke Korea selepas dipindahkan dari Wuhan, China.

Dalam pada itu, penyanyi bergenre ‘trot’ ini berkata “dengan pertolongan kecil ini diharapkan dapat membantu orang ramai mengambil bahagian dalam usaha memakai topeng dan mencuci tangan sekerap mungkin bagi mencengah kemudaratan.” –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply