Hitam itu membosankan? Kami kongsi kelebihan pemakaian berwarna hitam

0

Hitam itu misteri.

Pemilihan pakaian berwarna hitam memberi kesan tersendiri kepada penampilan seseorang.

Banyak kebaikan pada si pemakai apabila memilih busana berwarna hitam.

Kami kongsi pendapat pakar fesyen kelebihan busana berwarna hitam.

1. Hitam itu berbeza.

Cuba berdiri bersebelahan dengan mereka yang mengenakan pakaian berwarna atau bercorak. Anda yang berpakaian hitam akan kelihatan berbeza. Misteri dan seksi. Cubalah!

2. Elegan dan anggun.

Warna gelap polos akan menyerlah diri anda. Sesuaikan dengan tatarias klasik, andalah gadis paling anggun!

3. Mudah suai padan.

Gabungkan saja suit polosmu dengan padanan warna berbeza atau bercorak . Atau kasut tinggi berwarna berani!
“You will never go wrong”.

4. Warna selamat.

Gayakan siang atau malam, apa saja acara di mana jua. Jangan risau, anda tidak akan kelihatan berlebihan.

5. Warna pilihan acara rasmi.

Dress atau jaket, warna hitam menjadi pilihan ramai. Warna ini tetap dibenarkan walaupun oleh kod pakaian paling ketat.

6. Kasual caramu.

Seluar, top atau hijab hitam sesuai untuk semua jenis gaya. Jeans, kodroy, palazzo yang santai. Padankan dengan kemeja atau blouse longgar dan selesa.

7. Illusi langsing.

Diketahui warna ini akan memperlihatkan anda lebih kurus dan langsing. Jika kena potongan pakaianmu, anda akan tampak lebih curvy.

8. Accessories time!

Inilah masanya untuk anda bermain dengan aksesori agar penampilan lebih terserlah.

Nah, banyak kebaikan yang kita kan rasai apabila menggayakan pakaian berwarna hitam ini.

Siapa kata hitam itu membosankan?

Jom cantik!

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply