Hishamuddin terima kunjungan hormat daripada Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia dan Duta China

0

Menteri Luar Negeri, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein telah menerima kunjungan hormat daripada Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, H.E Mridul Kumar di Wisma Putra, Kementerian Luar Negeri sebentar tadi.


Menurut Dato’ Seri Hishamuddin, pertemuan ini amat penting bagi hubungan dua hala antara Malaysia dan India yang mana ke dua-dua negara telah bersetuju untuk memperkukuh hubungan strategik yang sekian lama terjalin.

“Kami turut berkongsi harapan sama, hubungan Malaysia-India dapat menerokai ruang usahasama baru yang akan memberi manfaat besar kepada Malaysia dan India”, katanya.

Received the High Commissioner of India, His Excellency Mridul Kumar in Wisma Putra today. This marks an important point…

Dikirim oleh Hishammuddin Hussein pada Minggu, 15 Maret 2020

Sejurus selepas itu Dato’ Seri Hishamuddin menerima deligasi daripada Kedutaan China.

Deligasi diketuai Duta China ke Malaysia, H.E Bai Tian

Jelas Dato’ Seri Hishamuddin, dalam pertemuan itu, mereka menekankan, hubungan antara Malaysia China yang perlu diperkukuh demi manfaat bersama.

Namun buat masa ini, tumpuan perlu diberikan terhadap usaha menangani penularan wabak Covid19.

Tambah beliau menerusi hubungan akrab kedua-dua negara dan berdasarkan pengalaman China yang lebih dahulu hadapi cabaran Covid19, H.E Bai Tian menyatakan komitmen China untuk membantu Malaysia.

Ia termasuk membekalkan peralatan perubatan seperti topeng muka, hand sanitizer serta lain-lain peralatan penting.

“Saya juga akan menulis secara rasmi kepada rakan sejawat saya di China, H.E Wang Yi untuk mendapatkan bantuan ini supaya rakyat Malaysia dapat dilindungi sebaiknya sepanjang krisis ini.

“Sebenarnya ini juga peluang untuk Malaysia dan China mengukuhkan lagi hubungan dua hala yang telah terjalin sekian lama. Seperti H.E Bai Tian sebut dalam pertemuan tadi – “Bukit sama didaki, lurah sama dituruni”, katanya.

Am so happy to have received HE Ambassador Bai Tian, Ambassador of the People’s Republic of China in Wisma Putra today….

Dikirim oleh Hishammuddin Hussein pada Senin, 16 Maret 2020

 

–THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply