Hina Jata Negara, pereka gambar dan penerbit buku diambil keterangan

0

Dua individu telah diambil keterangan berhubung pengeluaran sebuah buku yang didakwa menyalahguna logo dan menghina Jata Negara.

Kedua-dua yang dikenali sebagai pereka gambar dan penerbit buku berkenaan telah hadir ke Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman pada Khamis (2 Julai) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya 30 Jun lalu untuk memberikan keterangan.

Pengarah JSJ Bukit Aman, CP Dato’ Huzir Mohamed berkata pihaknya juga akan memanggil beberapa saksi lagi bagi melengkapkan siasatan kes ini.

“Setakat ini, polis sudah menerima 32 laporan berhubung isu itu daripada pelbagai pihak di seluruh negara.

“Buku berkenaan menimbulkan rasa tidak senang banyak pihak apabila menggunakan imej seperti Jata Negara yang diubah suai,” kata beliau.

BUKU KONTROVERSI: 2 INDIVIDU TERBABIT DIAMBIL KETERANGANPolis sudah mengambil keterangan pereka gambar dan penerbit…

Posted by Majlis Keselamatan Negara on Saturday, 4 July 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply