Hina dan ubah suai logo Jata Negara akan diambil tindakan tegas

0

Menjadi satu kesalahan bagi sesiapa yang meniru lambang menyerupai Lambang Kerajaan Persekutuan, Jata Negara.

Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hamzah Zainuddin berkata pihak kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang cuba mengubah suai logo berkenaan.

Beliau juga telah mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk segera menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang didapati bersalah.

Jelas beliau lagi, perbuatan sebegini merupakan tindakan yang tidak patriotik serta tidak bertanggungjawab dan dianggap telah menghina Jata Negara

Seksyen 3(1)(a) Akta Lambang dan Nama (1963) memperuntukkan bahawa adalah menjadi kesalahan bagi sesiapa yang meniru…

Posted by Hamzah Zainudin on Sunday, 28 June 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply