Hilang selera makan, Ahmad Said dan isteri positif COVID-19

0

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said dan isteri, Toh Puan Seri Norliza Mahmud disahkan positif COVID-19.

Menerusi perkongsian di laman Facebook rasmi Ahmad Said, beliau memaklumkan perkhabaran terbabit dan memberitahu telah menjalani ujian saringan COVID-19 di sebuah klinik swasta di Kemaman setelah beberapa hari merasa kurang selera makan tiga hari yang lalu.

“Pada hari Ahad yang lalu saya telah menjalani ujian saringan COVID-19 di Poliklinik Ibnusina Kemaman setelah beberapa hari merasa kurang selera makan tanpa gejala yang lain.

Hari ini saya menerima keputusan bahawa saya telah disahkan POSITIF COVID-19.

Isteri saya, To’ Puan Seri Norliza Mahmud juga membuat ujian saringan COVID-19 bersama kerana selsema juga  telah disahkan POSITIF COVIC-19.

Pada masa ini kami berdua sedang menjalani rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu.

Dengan izin Allah S.W.T serta berkat doa daripada tuan-tuan, puan-puan, saudara, saudari semua kami berupaya mengharungi dugaan dan dapat kembali memberi perkhidmatan semula dengan lebih baik lagi,” kongsi beliau.

Dilaporkan Mantan Menteri Besar Terengganu ke-13 dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal itu turut memberitahu beliau dan isteri sedang menjalani rawatan lanjut di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Warga kerja portal The Malaya Post mendoakan agar Dato’ Seri dan isteri cepat sembuh dan berada dalam lindungan-Nya selalu.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply