Hiburkan penumpang di awan biru

0

Menerusi perkongsian video di Instagram membabitkan seorang pelajar, Mohammad Nadzri @nadzri12 yang dirakam pada khamis lalu telah menarik perhatian masyarakat.

Ia menjadi viral di media sosial kerana kebolehan dan kesudian mereka menghiburkan penumpang di dalam pesawat dengan ketinggian 37,000 dari paras laut.

Petikan video itu menunjukkan Mohd Nadzri bersama kembarnya Mohammad Nadzmi dan seorang lagi rakan mereka, Naqib Naimullah yang masing-masing berusia 20 tahun, sedang menggesek biola menghiburkan para penumpang di dalam pesawat Air Asia dengan alunan irama lagu terkenal seniman terbilang negara, Allahyarham Tan Sri P Ramlee iaitu Bujang Lapok menarik perhatian ramai.

Ketika itu Mohammad Nadzri dan rakan, serta 25 orang ahli kumpulan Orkestra Darul Tazim dalam penerbangan ke Jakarta untuk mewakili negara bertanding dan membuat persembahan di Pusat Kesenian, Taman Ismail Marzuki (TIM), Indonesia sempena Indonesia Orchestra and Ensemble Festival (IOEF).

Leave a Reply