Hero drama ‘Marimar’, Dindong Dantes dilantik Komander Leftenan Angkatan Tentera Laut

0

Jika anda pengemar drama cinta Filipina ‘Marimar’ yang bersiaran dikaca televisyen sekitar tahun 2007 pasti mengingati watak hero yang dibintangi pelakon Dingdong Dantes.

Berbicara tentang hero berkenaan baru-baru ini pelakon kacak kelahiran Filipina ini dilantik sebagai Komander Leftenan Angkatan Tentera Laut.

Pelakon berusia 39 ini kelihatan begitu segak memakai seragam penuh Angkatan Tentera Laut ketika menghadiri majlis penerimaan pangkat tersebut bersama isteri tercinta, Marian Rivera.

Dalam satu laporan menyatakan, ‘YesPinoy Foundation’ dan skuad Tentera Laut Filipina akan berkerjasama untuk memberi bantuan kepada pelarian Taal hari ini.

‘YesPinoy Foundation’ merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang diasas oleh Dingdong Dantes untuk membantu golongan yang memerlukan.

Pada 2006, Dantes pernah menyertai pasukan Tentera Laut namun tidak lama kemudian pelakon ini dikhabarkan menarik diri dari pasukan itu.

Bagaimanapun, Dantes atau nama penuhnya Jose Sixto Raphael Dingdong Gonzalez Dantes III telah menyertai semula pasukan tersebut pada 2017 dan menerima pangkat ‘Master Sargeant’. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply