Henti kritik fizikal kanak-kanak

0

Dimana-mana pastinya kita akan terdengar atau terbaca mengenai perbuatan negatif individu yang akan mengulas atau mengkritik tentang sesuatu isu.

Ia mungkin sudah menjadi budaya masyarakat malah mungkin sahaja tidak lengkap jika makcik- makcik bawang tidak memberi sebarang ulasan atau kritikan berkenaan penampilan mahupun fizikal seseorang.

Apa yang menyedihkan, terdapat juga kanak-kanak yang dibandingkan penampilan di kalangan sepupu, adik beradik sendiri sehinggakan kanak-kanak berkenaan terpaksa memendam rasa.

Selalunya, yang berkulit gelap dan berbadan gempal sering menjadi bahan ejekan dan bahan gurauan.

Kini, anak lelaki mahupun perempuan tidak terkecuali. Kedua duanya menjadi perhatian dan bagi anda, ia mungkin sesuatu yang melucukan namun hakikatnya ia memberi satu tamparan emosi kepada mereka.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2690717254551463&id=1712327752390423&sfnsn=mo

Ini menyebabkan kanak-kanak hilang keyakinan diri dan boleh akibatkan mereka lebih ‘inferior’ berbanding rakan sebaya.

Jangan sangka kanak-kanak tidak menghadapi depressi kerana jika layanan sebegitu berterusan, ianya akan mengganggu tahap mental kanak-kanak berkenaan.

Oleh itu, hentikan tabiat ini, hentikan mengkritik penampilan fizikal kanak-kanak. Jangan robohkan keyakinan diri mereka.

Sesungguhnya nilai diri seseorang lebih besar dari penampilan luaran sahaja.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply