Helikopter terhempas, dua cedera

0

Di Petaling Jaya, dua cedera manakala tiga lagi selamat selepas helikopter jenis Airbus AS350 B3 dilaporkan terhempas.

Kejadian berlaku di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang pagi tadi.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis, pihaknya menerima laporan kejadian jam 9.26 pagi dan menggerakkan sepasukan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Anggerik ke lokasi.

“Helikopter terbabit terhempas di sebuah kawasan lapang di lapangan terbang berkenaan dan tiada kebakaran berlaku.

“Terdapat lima lelaki warga tempatan termasuk juruterbang di dalam helikopter dan dua daripada mereka mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataannya hari ini.

Helikopter terhempas di sebuah kawasan lapang di lapangan terbang berkenaan dan tiada kebakaran berlaku.

Mangsa yang cedera menerima rawatan kecemasan sebelum dihantar ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply